Ciri-ciri fizikal Charok Ketun

Berdasarkan peta Tanah Melayu bersiri HIND 1035 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), sumber bagi Charok Ketun terletak di Bukit Goh Lembu dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 261 meter (856.3 ka), di rujukan grid RG4393. Sumber sungai ini terletak berhampiran dengan kawasan perkampungan yang ditinggalkan, Kampung Seraya.[4][5] Charok Ketun akan menelusuri kawasan perhutanan tebal dalam Hutan Simpanan Kekal Koh Mai. Saliran ini akan sedikit melengkung dan diteruskan hingga ke muara sungai dengan membuat pertemuan antara Sungai Durian Burong, di ketinggian atas min aras laut iaitu 82 meter (269.0 ka) di Kampung Durian Burong di RG4593, berdekatan dengan kawasan penanaman sawah padi.[1][4][5]

Rujukan

WikiPedia: Charok Ketun http://www.hydrol-earth-syst-sci.net/11/1633/2007/... //doi.org/10.1080%2F17538947.2020.1829112 //doi.org/10.5194%2Fhess-11-1633-2007 //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Charo... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Charo... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Charo... https://books.google.com/books?id=tTo9AAAAIAAJ https://mygeoname.mygeoportal.gov.my/index.jsp https://climatecharts.net/ https://www.geonames.org/1760060/charok-ketun.html